Friday, April 9, 2010

9 April 2010

lama tak tulis apa2 dalam ni.... sbb baru2 ni aku accident... kena langgar dengan kete yang claim tak nampak aku lalu kat situ. cuma nampak moto depan aku je (ginih punya beso atas moto pun tak nampak ke?) yang langgar aku plak cina.. bawak evo seben dah convert masuk bodykit! koyak bumper dia aku langgar. nasib dia baik. cepat2 usung aku masuk kete dia n bawak gi klinik.

Moto? abis depan... seme kena tukar... kena ketuk, kena ganti.... susah2. Aku plak? teruk gak la keadaan aku. Rahang lari, leher ada skit sakit belah kanan, bahu kiri terseliuh, siku kiri pun bengkak, kaki kiri bengkak & lebam merata2. Atas tulang kering belah kanan plak besar punya lebam. Nak jalan pun sakit... nak pakai baju pun susah.

sabtu malam aku kena tu.... terus kena kidnap dgn akak aku sendiri... dia datang tgk keadaan aku. dia cakap tangan n kaki aku dah pucat... aku ikut je la. malam tu mmg tak bleh nak tido... sakit gila! sok terus dia bawak aku gi urut... punya la sakit kena urut... rahang aku di masukkan balik (maw menjerit n menitis air mata bila ditolak masuk rahang) pedih2. lepas urut aku tido je. tangan kiri tak bleh nak angkat terus dah... aduii. then aku tau je aku nak kena pi hantar balik kg plak. sbb tade sapa nak tgk aku kat sini. ikut sahaja la.

hampir seminggu aku kat kg... balik KL sbb ada appointment dgn tukang urut hari jumaat iaitu hari ini la. lain2 tade apa aku buat melainkan berehat sahaja. dalam2 rehat tu aku dgr lagu ni... terus ingat nak share dgn korang...


Terciptanya kita terciptalah rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Tercipta episod penuh berwarna antara kau dan aku

Terasa segalanya sempurna tanpa cela
Lihat dari hati bukannya diri
Bagai puteri menanti putera kasih antara kita

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Terciptanya kita terciptanya rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Terasa semuanya sementara sumpahan antara kita

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta

Oh dugaan berdua tiada beza
Oh dari mana datangnya sentiasa
Kabur tiada dapat kita menghalangnya
Kasih…

Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita

Terciptanya kita terciptalah rasa
tercipta cinta, tercipta rindu

No comments:

Post a Comment