Thursday, March 11, 2010

11 March 2010

Duk bz dgn keje mai plak suh wat 5S. aduii.... ingat aku ni robot ke hapa??? ko ingat bilik aku ni cam bilik2 korang. dah la bilik kecik... komputer bersepah, kertas bersepah, almari bersepah, file bersepah, byk gila barang... Lagi satu tau la Najib announce suh jimat... tapi mintak bajet nak beli barang untuk 5S korang cakap guna mana yang ada... ko ingat aku ahli silap mata ke apa? men tutup2 kuar binding tape... tutup dgn kain lagi, kuar plak file.... ke korang ingat ada Doraemon kat sini? kalau rara tu len la.... dia mmg ada Doraemon kat kelas dia. Aku ni apalah yang ada pun. hmmm....

apa tu 5S? aku pun mula2 tau gitu2 je pasal 5S ni... rasa Semak, Susah, sia-sia, syok sendiri dan sakit hati. sebab aku cakap camni, kalau dapat pengiktirafan pun setelah aku dan orang len wat dgn susah payah... yang dapat KPI bagus dan bleh naik pangkat ialah BOSS... bukan kami pun... so kalau wat tak reti pun bagus juga ni...

Kononnya 5S ni bermula dari perkataan jepun iaitu Seiri, Seitun, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke atau dalam bahasa melayunya... Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Perkara seperti ni bukan senang nak wat lagi2 tempat cam aku ni... time2 tade bajet ni. kira ok kot skang ni... dah siap kemas2 bilik walau cam tak kemas... camna la aku nak kemas sebenarnya.... byk gila barang. Pasni nak hias2 plak... aku mana la reti n kreatif. abis la aku... kena mintak pertolongan ni. kalau tidak HANCUS la.

No comments:

Post a Comment