hmmm mungkin hari ni isnin kot... "Monday Blues?" agaknya la kan... nak wat keje pun tatau nak wat apa... tgk2 aje... sentuh skit2 itu ini...
actually keje byk... siap ada orang datang nak belajar lagi ni. Sistem yang aku sendiri pun blur. Nak edit aku pun tatau. programmer tade plak tu. pegi umrah... 15 nanti baru ada... letih aku nak pikir pasal sistem nih.
Aku sekarang sedang membaca satu buku nih... "Dilema Melayu-Islam (Kurang Fikir Atau Kurang Zikir?) oleh Pahrol Mohamad Juoi. dalam buku tu ada ayat2 yang aku kira menarik... Zikir dan Fikir adalah seperti irama dan lagu. Ia tidak boleh dipisahkan. Dengan berfikir, kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur dan tersusun tentu ada pengaturnya.
Buku ni byk bercerita tentang dilema melayu tu sendiri, bagaimana nak memartabatkan secara bersepadu antara islam dan melayu. Didalam buku ini juga memberi pandangan "di luar kotak" untuk membangunkan ummah dengan sejajarkan pelaksanaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, berlandaskan kesucian zikir dan kekuatan fikir. Ada satu masa tu aku ada dgr satu ceramah motivasi ni... ada satu ayat ni mungkin secara sekularisme punya pemikiran... kita sepatutnya berfikir diluar kotak bermaksud ialah kita perlu berfikir bagaimana untuk mendapat kotak yang lain bukan sekadar berfikir diluar kotak...
fikir fikirkan lah... mungkin ada benar kata2 ini jika kita ingin maju. Kadang2 kita perlu menyorot sejarah. Belajarlah daripada Rasulullah SAW, bagaimana baginda membina satu bangsa bermaruah sedangkan awalnya bangsa itu barbar dan tidak bermaruah.
MANFAAT BUAH COKLAT
8 years ago
No comments:
Post a Comment